Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Gambar Produk 1
Jasa Desain Kaos, Desain Batik , LOGO dan desain grafis lainya
Email : mastertracer69@gmail.com

Niat, Syarat Dan Tata Cara Sholat Jamak Dan Shalat Qasar

Niat-Syarat-Dan-Tata-Cara-Shalat-Jamak-Dan-Shalat-QasarNiat, Syarat Dan Tata Cara Sholat Jamak Dan Shalat Qasar - Salah satu rukhsah / keringanan yang Allah SWT berikan kepada umat muslim adalah adanya kemudahan dalam mengerjakan sholat dengan mengqashar (meringkas) shalat yang terdiri dari empat rakaat menjadi dua rakaat serta menjamak shalat dalam dua waktu dikerjakan dalam satu waktu.seperti shalat dhuhur digabungkan dengan ashar , sholat maghrib digabungkan dengan shalat isya.

Firman Allah SWT :

وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Artinya : “Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” (QS. Al Baqoroh : 185)

هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ 

Artinya : “Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.” (QS. Al Hajj : 78)

1. Shalat Jama'

Menurut bahasa shalat jama' artinya shalat yang dikumpulkan. Sedangkan menurut syariat Islam ialah dua shalat fardhu yang dikerjakan dalam satu waktu karena ada sebab-sebab tertentu

a. Shalat yang Boleh Dijama'
Shalat yang boleh dijama' adalah shalat zhuhur dengan shalat ashar, dan shalat maghrib dengan shalat isya.

b. Shalat jama' ada dua macam, yakni

1. Jama' Taqdim yaitu shalat zhuhur dan shalat ashar dikerjakan pada waktu zhuhur, atau shalat maghrib dengan shalat isya dikerjakan pada waktu maghrib.

2. Jama' Ta'khir yaitu shalat zhuhur dan shalat ashar dikerjakan pada waktu ashar atau shalat maghrib dan isya dikerjakan pada waktu isya.

Hukum melaksanakan shalat jama' adalah mubah (boleh) bagi orang yang dalam perjalanan dan mencukupi syarat-syaratnya. Dalam sebuah hadits dinyatakan :

Dari Muadz bin Jabal : "Bahwa Rasulullah SAW pada saat perang Tabuk, apabila beliau berangkat sebelum tergelincir matahari beliau mengakhirkan shalat zhuhur sehingga beliau kumpulkan dengan ashar (beliau sholat zhuhur dan azhar pada waktu ashar). Jika beliau berangkat sesudah tergelincir matahari beliau melaksanakan sholat zhuhur dan ashar sekaligus kemudian beliau berjalan. Jika beliau berangkat sebelum maghrib beliau mengakhirkan sholat maghrib sehingga beliau mengerjakan sholat maghrib dan isya, dan jika beliau berangkat sesudah waktu maghrib beliau mengerjakan sholat isya dan beliau sholat isya beserta maghrib." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan At-Turmudzi

2. Shalat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Sholat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah sholat Dhuhur , ashar dan isya.

Shalat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu atau 90 kilometer) Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.

Sabda Rasullah SAW ;

إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد

“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Sholat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Sholat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahwa agama Islam yamg mengambil kira kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Sholat Qasar dan Sholat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir

Hikmah sholat Jamak dan Qasar

Hikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu.

Syarat Jamak Taqdim

Sholat pada waktunya yang awal seperti sholat zhuhur dan maghrib.

Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari sholat. Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.

Berkekalan musafirnya sehingga sholat yang kedua.

Syarat Jamak Takhir
Berniat untuk mentakhirkan sholat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.

Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua sholat.

Syarat Qasar

Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
Shalat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
Hendaklah diniatkan qasar dalam niat sholat.
Tidak boleh berimam orang yang sholat penuh (sempurna).
Berkekalan perjalanan sehingga sempurna sholat.
Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan sholat qasar.

Niat Shalat Jamak dan Qasar
i) Jamak Taqdim dan Qasar

Zuhur-Asar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku sholat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku sholat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur kerana Allah Taala”.

Maghrib-Isya

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku sholat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isya kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku sholat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.

ii) Jamak Takhir dan Qasar

Asar-Zhuhur

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur kerana Allah Taala”.


أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar kerana Allah Taala”.

Isya-Maghrib

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib kerana Allah Taala”.

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku sholat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isya kerana Allah Taala”.

Cara Mengerjakan Sholat Jamak dan Qasar

Cara mengerjakan sholat jamak dan qasar:

1.Sholat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
2.Berdiri lurus mengadap kiblat.
3.Berniat hendak mengerjakan sholat zhuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir sholat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
4.Setelah itu kerjakan sholat zhuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
5.Kemudian berdiri semula untuk mendirikan sholat yang kedua iaitu asar.
6.Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
7.Kerjakanlah sholat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
8.Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isya, maka hendaklah niatkan sholat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.

Demikian Niat, Syarat Dan Tata Cara Sholat Jamak Dan Shalat Qasar

Baca Juga Artikel Menarik Lainnya